Sekadar memanjangkan idea di medan maya ini: apa perlunya ketuanan melayu dalam mendepani massa? Sedarkah kita, kemelut politik tanah air bukan sahaja mencalar kesatuan bangsa Melayu, tetapi ketuanan melayu itu sendiri!
Suasana selepas pilihanraya, biasanya memberi gambaran tentang kematangan pengundi. Namun berlainan di Malaysia. Hakikat pengundi memprotes dalam menuntut keadilan dalam agihan calon dikatakan punca pecahnya rekod cemerlang BN sejak 1969. Tidak ada masalah yang terus buntu mencari penyelesaian. Pasti ada hikmah di sebalik kejatuhan sementara BN ini. Undi popular masih berpihak kepada BN, namun akurilah tempoh percubaan ini dengan penuh keinsafan.
Saban hari, suasana ni Kuala Lumpur agak hambar dengan isu yang diketengahkan. Isu-isu terpencil dihebah sebegitu rupa hingga kadang-kadang memalukan UMNO. Sebaliknya, penyokong PKR dan PAS tetap memberi isyarat, bahawa mereka bakal menguasai Malaysia. Apa yang dikhuatiri adalah, wujudnya gerakan berterusan pembangkang dalam kerakusan mereka memomokkan rakyat dengan pendedahan-pendedahan kontroversi.